http://i1009.photobucket.com/albums/af216/Tyra_Sha/purpleheader.png

Monday 10 October 2011

Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu



Syarat- Syaratnya :
  • Buat Entri tajuk yang sama.
  • Macam biasa copy banner yang comel gila diatas tu dan linkkan ke entri ini.
  • Terpulang korang nak follow ke tak blog 
  • Istana Cinta Tengku Puteri dan Ini Cerita Puan Kutu. Tiada paksaan yang boleh bikin korang radang hati kata Puteri.hehe.
  • Karangkan kisah dongeng kreatif yang pendek. Pastikan watak Tengku Puteri dan Puan Kutu ada dalam cerita tersebut.
  •  Kisah dongeng mestilah happy ending. Ikut korang nak buat cerita macam mana pun. Tak kisah pendek ke panjang. Cerita yang menarik perhatian juri akan dikira sebagai pemenang. Contoh karangan di SINI.
  • Tarikh tutup adalah pada 17 Okt 2011 Insyaallah genap sebulan contest nie berlangsung. 
  • Jangan lupa tinggalkan link di ruangan komen.
  • Sila copy ini di penghujung entri 
  • “Contest ini adalah anjuran  Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net
  • Hadiah (6 pemenang) yang bakal korang menangi

Di dalam sebuah bandar besar, terdapat sebuah istana yang bernama 
'Istana Cinta'. Bandar tersebut telah diperintah oleh seorang Raja dan seorang Permaisuri yang adil lagi saksama bersama seorang anak gadis yang jelita bernama Tengku Puteri.


Pada suatu hari,ketika Tengku Puteri sedang bersiram di sebuah 'swimming pool' yang besar di belakang 'Istana Cinta'. Tiba-tiba Tengku Puteri terdengar suara seorang gadis menjerit meminta pertolongan.


Lalu, Tengku Puteri amat terkejut dan Tengku Puteri amat bernasib baik kerana tidak mangalami sakit jantung. kalau tidak, pasti Tengku Puteri pasti akan mati di situ.


Selepas itu, Tengku Puteri mancari dari mana suara itu datang. Tanpa disedari oleh Tengku Puteri, suara itu ialah suara seorang gadis yang sangat cantik. Gadis itu merupakan salah seorang finalis 'Ratu Cantik'.


Lalu,Tengku Puteri menghmpiri gadis itu, Tengku Puteri pun bertanya,


Tengku Puteri : Kenapa kamu menjerit meminta tolong? Terkejut tuan puteri               dibuatnya.Nasib baik tuan puteri tiada sakit jantung..Kalau tidak pasti tuan puteri sudah mati disini.


Gadis            : Maafkan patik, tuan puteri. Patik tidak sengaja.


Tengku Puteri : Tidak sengaja?


Gadis            : Ya, tadi ada seorang ahli sihir telah datang kepada patik. Mungkin ahli sihir itu mahu menyihir patik kerana kecantikan patik. Kerana itulah saya menjerit meminta tolong.


Tengku Puteri : Tidak mengapalah, sekarang ahli sihir itu sudah tiada lagi, dan kamu sudah selamat. Oh, saya ingin tanya satu soalan boleh?


Gadis            : Boleh, apa sahaja pertanyaan tuan puteri akan patik jawabkan.


Tengku Puteri : Adakah kamu salah seorang daripada finalis 'Ratu Cantik' dalam TV3 itu?


Gadis            : Betul!


Tengku Puteri : Siapakah nama kamu?


Gadis            : Oh, nama patik ialah Puan Kutu. Nama tuan puteri pula siapa?


Tengku Puteri : Nama tuan puteri ialah Tengku Puteri. 


Gadis            : Oh, terima kasih kerana telah menolong patik! 


Tengku Puteri : Sama-sama. 


Gadis            : Boleh patik bersahabat dengan tuan puteri?


Tengku Puteri : Oh, tentu sekali! Tuan puteri juga inginkan sahabat  

Mulai hari itu, Tengku Puteri dan Puan Kutu mula bersahabat baik. Boleh dijadikan seperti 'isi dengan kuku'. Raja dan Permaisuri sangat gembira dan ahli sihir itu sudah tidak kelihatan lagi. Puan Kutu pun telah menjadi 'juara' dalam pertandingan 'Ratu Cantik' itu..


-TAMAT-




“Contest ini adalah anjuran  Tengku Puteri & Puan kutu dan hadiah utama di taja oleh tetikusrusak.net

2 comments:

Puan Kutu said...

puan kutu ratu cantik?hehe macam nak pengsan.kehkeh..tq sudi menunjukkan kekreatifan anda..gud luck!

dhiera zainudin said...

wow.... good luck!